Tuesday 20 December 2016

Sudah Bayar RM44,500 Untuk Beli Rumah Lelong, Tapi Batalkan Niat Selepas Tahu Pemilik Rumah Susah, Sedekahkan Semua Duit Deposit

Gambar: Google

Sungguh mulia hatimu wahai Mr. Lee Hui Sen, itulah yang boleh admin katakan apabila terbaca sebuah pos yang dimuatnaik oleh Siti Na'imah Mohamed ke laman Facebooknya.

Beliau telah mengambil gambar surat berkenaan yang diperolehinya daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di mana surat berkenaan adalah surat Mr. Lee Hui Sen kepada pemilik rumah lelong yang hendak dibelinya.

Namun semasa datang melawat rumah itu beliau telah terpandang sesuatu menyebabkan dia tidak jadi meneruskan hasratnya, beliau juga tidak mahu mengambil semula wang deposit sebanyak RM44,500 di mana wang berkenaan disedekahkan kepada pemilik rumah berkenaan.

Jom baca.

Dear Mr. Lee Hui Sen, you mr, have a heart of gold. Saya harap posting ini sampai kpd anda atau ahli keluarga anda.

Anda tidak kenal keluarga ini, tp anda ambil keputusan yg sangat berani untuk membantu mereka.
RM44,500 bukan sedikit.

Dan saya difahamkan anda sendiri bukanlah dari golongan kaya raya.

Semoga #leehuisen sekeluarga sentiasa sihat dan bahagia.

Semoga kita semua dikurniakan hati sebaik encik ini.



Apa yang terjadi sebenarnya sehingga rumah itu akan dilelong?



Terima kasih Mr. Lee Hui Sen, hati anda memang mulia, harap anda terbaca artikel ini. -Siakapkeli.my

Abang Sado Tayang Six-Pack Bakal Jadi Trend ‘Bridesmaid’ 2017?

Baru-baru ini viral gambar sekumpulan lelaki berotot kekar atau bahasa lainnya ‘sado’ berposing di pelamin sebuah majlis perkahwinan. Gambar tersebut menarik perhatian netizen kerana ia merupakan sesuatu yang berlainan dilakukan terutamanya dalam majlis perkahwinan orang kita yang lazimnya terikat dengan budaya dan adat resam tradisional.
Kalau bridesmaids yang terdiri daripada sekumpulan gadis berpakaian sedondon mengikut warna tema majlis mungkin dah biasa kita lihat tetapi tidak bagi yang ini. Mungkinkah abang sado menayang six-pack akan menjadi trend terbaru majlis perkahwinan pada tahun 2017? Korang rasa okey ke janggal benda ni?

Bridemaids Versi ‘Abang Sado’?




Monday 19 December 2016

Sebak, Saya Nampak Keluarga Ini 'Shopping' Barang Sekolah Anak Di Kedai Barangan Lusuh Dan Terbuang


Disebalik kegembiraan anak-anak kita mendapat kelengkapan sekolah baru, ada kita mengeluh terpaksa berhabisan seorang anak sampai RM300.

Jika kita rasa kita susah, ketahuilah bahawa diluar sana sebenarnya ramai lagi susah daripada kita, malahan ada yang tidak mampu menyediakan suku pun dari perbelanjaan kita keluarkan.

Terbaca admin di laman Facebook tadi, sebuah kisah yang meruntun hati apabila membacanya, kisah diceritakan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli di mana beliau telah terjumpa dengan sebuah keluarga yang sedang 'shopping' sakan kelengkapan sekolah anak mereka.

Namun, mereka bukanlah membeli belah di pasaraya besar atau di gedung-gedung pakaian ternama, tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh di mana kebanyakkannya adalah barangan yang sudah dibuang atau dikutip dari tempat longgokan sampah.

Jom kita baca.

"...Semalam pi kedai barang lusuh kat taman medan. kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah utk project DIY aku...

Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia...

Sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia 'bershopping' aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk.

Si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?

Tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!

Alamak. ini sebak nie.

Aku keluar dari kedai barang lusuh tu. tak tahan tengok drama realiti ni lagi.

Dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup bersederhana dan masih bersyukur. tetap bahagia.

Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. amin.

* bini aku menitik ayaq mata bila aku tunjuk family tu dok sebuk bershopping lagi..."

Siakapkeli.my

Diceraikan Sebab Dah Tak Cantik Dan Hitam, Kini Bila Dah Cantik Putih, Kembali Nak Rujuk Sampai Gila Talak


Sudah selalu kita dengar atau baca kisah suami isteri bercerai gara-gara isteri yang dikawininya sudah tidak cantik seperti awal-awal perkahwinan.

Dilihat ramai menyalahkan kedua-dua pihak, ada yang menyatakan isteri harus pandai menjaga kecantikan dan ada yang menyalahkan suami terlalu mementingkan kecantikan sehingga mencari orang lain.

Kadang-kadang apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, diceritakan oleh Nurulbadiah  kisah dia bertemu dengan seorang rakan pernigaannya di mana katanya dia seorang yang amat cantik tetapi telah bercerai.

Apabila dikorek rahsia baru wanita berkenaan menceritakan kisahnya, jom kita baca.

During hearing case (anak dia). Saya kagum sangat, usia dah hampir separuh abad tetapi body macam anak dara, bergaya, kulit mulis tegang. Setiap kali hadir ke mahkamah, bekas suami pun tak pernah tak datang. Awalnya, saya tidak pernah menyangka yang mereka sudah bercerai sebab bekas suami nampak sangat ambil berat mengenainya.
Saya perasan kakak ini selalu saja macam nak marah, buat tak tahu dan tak layan bekas suami dia (masa itu tak tahu pun yang mereka sudah bercerai). Tetapi bila akak ini tengok reaksi saya yang macam tertanya-tanya, kemudian dia pun jelas kan.

“Puan Nurul, jangan salah sangka. Akak dah lama bercerai,”

Alangkah terkejutnya saya. Betapa bagusnya bekas suami dia sampai tak pernah tak datang tengok kes anak dia.

Dah gila talak, nak buat macam mana? Biar dia rasa,”

Saya selalu puji yang akak ini cantik, bergaya, lembut orangnya. Tetapi kenapa bercerai? The next hearing date, selepas habis kes, kami pun turun ke kafe. Bersembang-sembang sampailah ke bab peribadi. Dia bawa keluar satu gambar lama dari dalam begnya. Terkejut saya melihat gambar dia dan bekas suaminya.

Hitam, gemuk, tak make up langsung, berkain batik, selekeh, sementara itu lelaki yang berdiri di sebelahnya kelihatan agak kacak.

Lima belas tahun, dia abadikan diri dengan suami. Kerjaya sebagai jururawat terpaksa dilupakan kerana suami mengarahkannya berhenti, duduk rumah dan jaga anak. Duit tak diberi, suami beri cukup-cukup makan. Tak ada lebih langsung untuk beli baju baru, alat solek atau untuk keluar berjalan-jalan.

Duduk di rumah saja menjaga anak. Suami pula sesuka hati keluar dengan kawan-kawannya. Dia hanya mampu menahan sabar. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak. Setiap seorang umurnya selang setahun. Letihnya? Tuhan saja yang tahu.

Suami mula berubah bila dia menjadi gemuk. Bukan sengaja tetapi tiap-tiap tahun beranak, tak sempat nak kurus, dah diusik. Nak keluar joging, tak ada orang nak tinggal jaga anak. Nak beli ubat kurus, jamu semua bagai, duit tak ada. Nak melawa pun duit tak ada.

Suami pula elok saja beli barang baru, baju baru tetapi tak buat balik untuk isteri. Selepas suami naik pangkat, mulalah menghina isteri.

“Awak duduk rumah, selekeh tak macam orang office saya,” bentaknya.

Suami mula membandingkan dia, hina tubuh badan dia dan sampai satu masa, berbulan-bulan dia tidak disentuh oleh suami.

Nekad mahu mengoda suaminya semula, selepas melahirkan anak yang keempat, dia belajar menjahit. Bawa keempat-empat anaknya ke balai raya pergi belajar menjahit. Suami nak tolong? 

Haram! Mengutuk adalah. Selepas belajar menjahit, dia pula ambil upah menjahit. Adalah duit sikit, bolehlah beli baju baru sehelai dua.

Dalam usaha nak memikat semula hati suami, kantoi pula suaminya berkahwin dengan perempuan lain di Thailand. Sedih tak terkata, terasa begitu hina dibuatnya. Sudahlah nafkah kahwin culas, bukan kaya pun, nak beli baju kata tak ada duit tapi boleh kahwin lagi seorang. Isteri baru bekerja satu pejabat dengannya. Anak dara, cantik dan bergaya.

Dia redha dan cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinannya walaupun selepas itu suaminya sudah jarang pulang ke rumah. Paling teruk bila madu dapat anak seorang. Nafkah langsung tidak diberi. Dia terpaksa bekerja mengambil upah menjahit bagi menyara anak-anak. Balik saja ke rumah, suami akan banding bezakan dengan madu yang cantik, pandai jaga badan dan pandai segala serbi.

Sejak ada isteri baru, suami sudah pandai naik tangan. Kadang-kadang suami bermalam di rumah dia, isteri baru datang, suruh balik ke rumahnya. Suami akan balik dan tinggalkan dia seorang diri. 10 tahun dimadukan dan itulah tempoh dia menghadap perkara seperti ini.

Hari sebelum dia diceraikan, mereka bergaduh tentang nafkah kewangan dan juga nafkah batin yang sudah lama suami tidak tunaikan. Bila gaduh, ada tengking menengking dan dia tidak tahan lalu meminta diceraikan. Masa itulah suami dia menghina.

“Kalaulah lembu dengan aku, lagi sanggup tidur dengan lembu!”

Selepas suami berkata seperti itu, Allah hadirkan perasaan benci yang teramat sangat pada dia, sampai dia sudah tidak tahan lagi lalu meminta diceraikan pada masa itu juga.

Suami dengan mudah menceraikan dia. Selepas diceraikan, suami siap cakap,

“Aku nak tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku! Kalau nak aku rujuk balik, jangan lupa datang ke rumah madu kau sebelum tampat tempoh iddah. Selepas dah tamat, aku tak kuasa dah nak melayan rujuk dengan kau!”

Terasa terhina, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Angkat kaki dan balik ke kampung membina hidup baru. Buka kedai jahit dan sekarang sudah ada ramai kakitangan. Rezeki semakin banyak, duit banyak dan hidup bertambah tenang dan senang.

Selepas kehidupannya agak kaya, madu pula tidak berpuas hati. Dipaksa juga bekas suami buat bisnes, buat loan, buat bisnes kedai makan dan akhirnya lingkup. Sekarang, menanggung hutang dengan bank. Dari memiliki kereta Harrier, sekarang sudah downgrade ke Perodua Viva. Sekejap saja Allah nak tarik.

Selepas tiada suami yang bergaya, melawa sebab tak ada siapa nak tanggung, ada duit sendiri, masa ada suami macam mayat hidup, tiap-tiap tahun beranak. Yang jaganya dia seorang, duit tak ada, suami nak belikan make up dan baju? Haram! Kahwin lain adalah.

Sekarang dia sudah kurus, putih dan cantik guna produk Co-White. Duit banyak, giliran madu pula hidup susah main dengan anak-anak kecil. Madu yang dulunya kurus sekarang sudah gemuk, hitam. Tambah pakej lagi bila madu dia ini pandai menjawab. Kalau tak kena, habis pinggan mangkuk dilempar.

Semasa saya menguruskan kes kakak ini, hampir 3 tahun bekas suami cuba merujuk kembali dengannya. Caring dan terlampau baik. Tetapi kakak ini, buat tak tahu dan tak nak melayan. Suami dia, tunggu depan pintu, tunggu di tangga rumah, di mana-mana nampak saja bekas suami macam orang tak betul, gila talak.

Sempat lagi kakak ini bergurau.

“Kakak ni termasuk dalam salah seorang janda yang tiada suami baru pandai nak melawa. Orang asyik mengata kita tak pandai nak jaga suami, suami lari baru nak bergaya. Tetapi orang tak tahu kita jadi mayat hidup sebab ada suami yang tak guna.

“Miskin tetapi ada nafsu dan citarasa tinggi tetapi tak menyumbang apa-apa kecuali air mani buat kita beranak setiap tahun. Selepas itu bukannya nak berterima kasih, tetapi dijadikan modal pula untuk menghina isteri. Baik hidup sendiri, ada duit sendiri dan tak payah menanggung biawak di rumah.

“Dah ada yang baru, yang lama dibuang. Sekejap saja huru hara hidup. Biarkan dia rasa,” katanya membuatkan saya tergelak.

Semoga menjadi teladan buat semua. Terkesan pada kata-katanya itu. Miskin tetapi nafsu dan cita rasa tinggi tetapi tidak menyumbang apa-apa. Semoga suami kita, anak-anak kita, saudara lelaki kita menjadi suami yang bertanggungjawab dan baik pada isterinya. – Nurulbadiah

“Ada ‘Sesuatu’ Menumpang Di Belakang Baby Saya…”

195

Assalamualaikum mommy & bakal mommy.. saya ingin share kisah saya sebagaiai iktibar untuk mommy2 semua.. Apapun sebagai umat Islam kita sememangnya percaya Allah. S.w.t penyembuh segala penyakit. Sejak selasa lepas baby saya kuat myusu. baby saya 2 bulan nak masuk 3 bulan n fully bf. Dia tido tak pernah lena. Asyik menyusu je. Tido tak sampai 10 minit da menangis-nangis nak susu. Sampaikan puting saya luka.

Dan saya demam kuat satu badan sakit-sakit. 4 hari saya terlantar… Sampaikan saya terpaksa bagi susu formula pada baby saya sebab dia sentiasa lapar. Semalam bapa mentua saya suruh saya bawa baby saya pada adik sepupunya yang pandai mengubat perubatan islam.

Tadi saya pergi. Pakcik saya (adik sepupu bapa mentua) bogelkn baby saya & baca beberapa surah.. bila dia pusingkn belakang badan baby saya.. airmata dia menitik. Terus dia marah tanya ada bawa baby kemana.. katanya ada ‘sesuatu’ yang menumpang pada belakang baby saya. ‘Sesuatu’ itu tak diberi makan oleh ‘ibubapa’ nya & yang menyusu selama ni adalah ‘sesuatu’ tu..

Pakcik saya hanya pegang je belakang baby saya tapi merah abis satu badannye..lepas selesai baca beberapa surah tu. dia suruh saya menyusukan baby saya kerana baby saya terlalu lapar katanya.. lepas je menyusu sepuas-puasnya.. Alhamdulillah baby saya tido lena & tak menangis or lapar lagi macam selalu..

Jadi saya ingin berkongsi pesanan pakcik saya kepada mommy semua. Setiap kali kita atau suami kita terutamanya balik dari sungai.. hutan.. laut.. atau blik tengah-tengah malam.. sebelom msuk rumah.. ludah kat luar 3 kali.. dan kata.. cukup smpai sini kamu ikut aku. Kemudian bacalah SubhanaAllahwalhamdulillahwalaillahhaillawahAllahuakbar.. inshaAllah semoga baik2 blaka.. saya cuma berkongsi kisah saya.. Allahualam.. apa pun hanya Allah s.w.t yang berkuasa.

Artikel ini dikongsikan melalui FB Sheila Nazilah

Bertanduk, Berekor & Mata Merah – Pengalaman Seram Wanita Ini Melihat Makhlus Halus Sejak Kecil

Sebagai seorang mukmin, kita harus percaya tentang adanya makhluk halus dan hal-hal ghaib yang kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka ini hidup didalam alamnya tersendiri ataupun alam ghaib. 
Namun, ada juga sesetengah orang yang diberi keistimewaan oleh Allah SWT melihat makhluk-makhluk ini. Seperti yang diceritakan oleh akak ni, melihat dan bermain-main dengan makhluk yang pelbagai rupa dan bentuk semasa kecil. Ada yang bertenggek atas makanan, bertenggek atas frame al-Quran dan sebagainya. Ishh meremang bulu roma!

Masa kecil, nampak banyak makhluk lain, bukan manusia yang pelbagai bentuk dan rupa

Saya nak sharing sesuatu. Hanya Allah yang Maha Tahu. Saya hanya taip semula apa yang saya ingat masa saya kecik-kecik dulu…
Masa umo saya dalam lingkungan 3-4 tahun, saya ada nampak banyak makhluk lain, bukan manusia. Ada makhluk besar, yang kecik, yang kurus, ada yang gemuk, yang buncit, yang tinggi, pendek, ada yang warna hijau, ada yang warna merah, warna biru, hitam, coklat, semuanya BERTANDUK, BEREKOR, MATA MERAH, ada urat hijau berselirat dalam biji mata mereka. Semuanya berkeliaran dalam rumah masa kami sekeluarga duduk di Kuarters Kesihatan Jasin, Melaka.
Masa tu saya kecik lagi, so saya tak tahu apa nama makluk tu. Ada jantan, ada betina. Saya beritahu arwah Mak saya. Mak pula yang takut. Tapi Mak percaya apa yang saya cakap. Iyelah, masa tu saya umo baru 3-4 tahun. Budak lagi. Takde dosa hehe!
Saya ingat lagi sampai sekarang rupa makluk makhluk tu. Mungkin mereka itu golongan jin. Banyak sangat. Ada anak jin jantan yg bermain-main dengan saya di tepi hujung katil. Saya pun seronok main dengan dia, sebab masa itu saya budak-budak lagi, saya tak tahulah itu jin dan memang sifat budak-budak suka bermain. Dia ajak main, saya pun mainlah. Kalau ditanya bagaimana saya berkomunikasi dengan jin, cakap bahasa apa… saya pun tak tahu. Sebab saya kecik lagi masa tu. Yang pasti saya faham pula bahasa dia. Masa main-main itulah Arwah Mak saya perasan yang saya macam sedang bercakap dengan seseorang, siap bergelak ketawa lagi. Mak saya risau.
Arwah Mak datang dekat saya. Mak tanya saya nampak apa? Cakap dengan siapa? Gelak-gelak dengan siapa? Saya tunjuklah sambil cakap : “Tuuu… Tuuuu…. Mak tak nampak ke?” kata saya sambil menunjuk semua makhluk-makhluk disekeliling saya.

Kat rumah ada Ayat Kursi digantung, makhluk tu tak takut pun dengan ayat al-Quran

Arwah Mak saya pun pandanglah apa yang saya tunjuk. Makhluk-makhluk tu semua buat bodoh je. Buat tak tahu. Ada yang tengah berjalan, ada yang nak masuk pintu rumah kami tapi tak muat sebab dia tinggi (nak tunduk pun dia tak reti. Hat ni saya ketawa sambil tunjuk kat Mak sebab kelakar sangat tengok makhluk tu tak reti nak tundukkan kepala nak masuk rumah kami), ada yang tengah bersembang-sembang sesama diorang, ada yang tengah korek hidung, ada yang tengah korek telinga, ada yang tengah bergayut kat kipas, ada yang tengah melekat dekat siling rumah, ada yang tengah makan, melompat-lompat atas meja makan, ada yang tengah minum, ada yang berlari-lari. Kelakuan makhluk-makhluk itulah yang buat saya ketawa kuat masa tu. Tapi rupanya saya seorang je yang ketawa. Famili saya semua dah takut haha!
Masa tu, kat rumah kami ada Ayat Kursi yang diukir dijadikan frame besar, gantung dekat dinding rumah. Makhluk-makhluk tu tak takut pun dengan ayat-ayat Quran. Lagi diorang duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu ada lah. Allah sendiri perlihatkan pada saya, ada makhluk kurus dan berperut buncit kepala botak warna hijau duduk bertenggek atas frame Ayat Kursi tu. Kelakar wei rupa dia. Tak hensem pun. Kalau Allah perlihatkan dekat korang rupa diorang ni, mesti ramai yang terkejut, sebab diorang nampak hodoh, menyeramkan, rasa nak pengsan semua ada. Diorang ni macam tak tahu apa-apa. Takde perasaan.
Abah dan arwah Mak lah yang bersusah-payah cari penawar untuk saya supaya saya tak nampak benda-benda macam tu lagi haha! Sifat orang tua ni memang macam tu. Diorang punya risau tahap dewa hehe! Diorang bawa saya pergi berubat sampai ke Johor. Tak ingat Johor tu dekat mana sebab masa tu saya kecik lagi. Sifat budak-budak ni dia tak tahu nama tempat, tapi dia mudah ingat peristiwa. So sejak itu, saya dah tak nampak apa-apa makhluk dengan izin Allah.
Allah Maha Tahu.
Allah tahu kot kalau saya nampak lagi makhluk-makhluk tu, saya pengsan agaknya.

Makhluk tu siap bertenggek atas makanan, sebab itulah wajib baca doa & tutup makanan terdedah

Anyway… Apa yang saya nak sharing disini bukan cerita bagaimana rupa makhluk Allah ini semata-mata cuma ketahuilah bahawa :
1) Bukan kita saja yang duduk dalam dunia ini tapi ada makhluk lain. Mereka di alam lain tapi nampak macam duduk dalam dunia kita. Sebab tu diorang suka hati je nak bergayut atas kipas ke, bertenggek atas Ayat Quran ke, pijak-pijak makanan atas meja makanan kita ke… sebab bagi diorang dunia kita ini adalah permainan bagi diorang. Allah pun cakap dalam Quran “Innamal hayatud dunya la’ibuw” kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan…
2. Kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Sebab itulah kita wajib baca doa sebelum makan dan minum. Kalau tak baca doa makan, diorang pun makan sekali dengan kita. Sebelum kita baca doa makan lagi diorang dah duduk bertenggek pada pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan minuman yang kita nak suakan ke mulut kita. Bayangkan sekecil-kecil sudu garfu itu pun diorang boleh duduk bertenggek nak tumpang makan dengan kita, apatah lagi pada pinggan nasi korang? Bukan seekor dua pula tu yang menunggu nak makan sekali dengan kita tapi berpuluh-puluh ekor! So, wajib baca doa sebelum dan selepas makan.
3. Islam suruh kita tutup makanan yang terdedah dan makanan yang terbiar sebab makhluk lain boleh makan makanan kita yang terdedah dan terbiar tu. Cara mereka makan makanan yang terbiar dan terdedah adalah dengan menghidu makanan tersebut. Sebab itulah makanan yang terdedah itu cepat rosak dan basi. Makhluk ini tak tahu apa itu meja tempat letak makanan. Mereka hanya tahu makanan sahaja. Sebab itulah mereka pijak-pijak & melompat-lompat atas meja makan. Paling sadis, makhluk ini main langkah-langkah dan mencangkung pada makanan yang terdedah & terbiar itu. Paling hardcore… tak mustahil makhluk-makhluk ni boleh berak, kencing pada makanan yang terdedah dan terbiar tu.

Jangan mandi & tidur bogel sebab makhluk ni pun bernafsu macam manusia

4. Kita tak nampak makhluk lain, jangan ingat mereka takde disekeliling kita. Sebab itulah Islam suruh kita mandi jangan tanpa seurat benang sekalipun. Paling kurang pun, mandilah pakai seluar dalam. Awak tahu kenapa saya cakap macam ni? Sebab bila kita mandi tak pakai apa-apa, dia pun main air dengan kita sambil ketawa-ketawa tengok badan kita. Scary wei kalau tiba-tiba kita dah besar ni nampak ada makhluk lain muncul depan kita main air dalam toilet dengan kita… Dah lah bilik air tu rumah syaitan. Haaa ini pengalaman saya masa kecik-kecik dulu dok main dengan anak jin sampai time mandi kahkah!
5. Makhluk-makhluk ni sentiasa ada disekeliling kita cuma kita yang tak nampak. So kalau tidur tu, kalau boleh jangan tidur bogel. Tak kisahlah awak tu lelaki ke perempuan sebab diorang ni makhluk yang bernafsu jugak macam manusia. Malam-malam kita tidur bogel, tak mustahil makhluk-makhluk ini yang akan belai-belai setiap inci badan kita, cuma kita je yang tak sedar, tak rasa, tapi diorang puas. So sebelum tidur, jangan lupa ambil wudhuk, baca doa sebelum tidur, amalkan surah-surah lazim. Insya’Allah Allah jaga kita.

Jangan mensyirikkan Allah iaitu percaya ayat-ayat suci yang diframe boleh menghalau jin/kuasa jahat

6. Jangan mensyirikkan Allah. Jangan percayai ayat-ayat suci yang dijadikan frame sebagai alat untuk menghalau jin atau kuasa jahat. Frame ayat suci itu hanya makhluk. Makhluk tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Berkuasa. Kita wajib percaya pada Allah, wajib beriman pada Allah. Ayat Al-Quran itu hanya asbab, bukan untuk disyirikkan dengan percaya ia dapat menghalang kuasa jahat.
7. Sebab kita tak nampak makhluk-makhluk ini, maka suami isteri kena berjaga-jaga. Baca doa sebelum dan selepas bersama suami isteri. Ini penting. Tak ramai pasangan Islam yang ambil berat. So perbanyakkan ilmu agama, belajar tambah ilmu. Islam ini agama yang sangat menjaga kita.
Alhamdulillah. Terima kaseh, Allah. Kalau Allah tak bagi saya peluang nampak benda-benda macam ni masa kecik-kecik dulu, tak ada lah penyampaian ini. Sesungguhnya Allah jadikan sesuatu kejadian itu bukanlah dengan sia-sia, tapi untuk kita belajar, tahu, kenal dan diambil pengajaran.
Sha Ramson Abdullah
sumber: Sha Ramson Abdullah

Disangka Anak Ada Masalah Kahak, Tapi Bila X-Ray Jumpa SESUATU Yang MENGEJUTKAN!

post-feature-image
Sungguh, Allah takkan uji perkara di luar kemampuan kita kan? Dan Allah uji orang-orang yang Dia sayang. Belum habis bersedih dengan pemergian Abah, 22 Julai lalu anak kecil diadmit ke hospital pula. Mulanya nak bawa dia ke klinik ibu saudara di Seberang Jaya yang juga pakar ENT di Hospital Seberang Jaya sebab nak rujuk masalah bunyi kahak yang agak teruk dan prolonged sejak dari sebelum puasa lagi dengan batuk dan selsema on off.
Seperti biasa, Aydan diberi neb nasal saline untuk clear blocking sound pada paru-paru dia. Esok harinya, baru kena bawa refer pakar Peads di Hospital Seberang Jaya pula. We were advises to be admitted, so that mereka boleh pantau dan selesaikan isu yang saya bimbangkan. 
Admit jam 4 petang dan Aydan di x-ray sekali lagi (last x-ray 29 Jun di Hospital Tuaran) untuk periksa kandungan kuman di paru-paru. 
I has been called by the doctor untuk datang tengok x-ray anak tidak lama selepas itu. Tetapi sebelum itu, semasa dalam wad doktor ada datang bertanya kalau anak ada pakai kalung ke apa semasa x-ray tadi. Saya jawab, tiadalah kan. Mula-mula dia tunjuk di bahagian paru-paru saja memang ada bintik-bintik putih (kewujudan kumanlah tu) and what happened after that really shocked me! 
Dari paru-paru tiba-tiba naik ke atas.
"Mak nampak tak bulat putih ini?" Mak rasa apa ini?" soal doktor. 
I was like no idea and then doctor told me. 

"X-ray ini menunjukkan anak tertelan bendasing dan suspected as duit syilling," jelasnya. 
Disangka Anak Batuk Kahak, Tapi Bila X-Ray Jumpa SESUATU Yang MENGEJUTKAN!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sungguh Ummi terkejut sangat-sangat masa mendapat tahu perkara itu. Terketar-ketar rasa lutut dan lemah badan, fikiran juga blank tak dapat nak menghadam. Satu persatu doktor jelaskan keadaan anak saya pada masa itu. Katanya, mereka akan rujuk pada Surgical Department untuk keluarkan duit syilling itu. 
Selepas itu Aydan disuruh menjalani imbasan x-ray sekali lagi dari arah sisi pula untuk melihat keduduk sebenar duit syilling itu. Lucky him sebab pernafasan dia tidak terjejas dan makan minum juga okay walaupun kurang makan sangat sejak bunyi kahak itu bertambah sejak selepas raya. X-ray film dapat dan sekali lagi kami dikejutkan bahawa bukan satu tetapi dua keping duit syilling yang ada di esofagus Aydan! 

Ya Allah. Tak dapat nak digest macam mana dia boleh tertelan duit syilling itu sampai dua keping. 
Bla.. bla.. bla.. macam-macam test x-ray 3-4 kali nak tengok selalu kedudukan duit syilling itu. Akhirnya Aydan disuruh berpuasa dari jam 8 malam hari admit ke wad itu. Sampai esok pagi masih berpuasa, hari Sabtu pula tu. Specialist masuk lambat sikit bawa sampai ke petang untuk mereka buat keputusan macam mana cara nak mengeluarkan duit syilling itu.
Akhirnya jam 4 petang itu, specialist dari Surgical datang dan decide at that time untuk try buat something masa itu untuk keluarkan duit syilling itu. Ummi disuruh mendukung Ayda dalam bilik rawatan dengan ramai doktor berada di sekeliling bersedia dengan topeng oksigenlah, apalah, macam-macam sebab agak berisiko tinggi dan bimbang duit syilling tersekat di salur pernafasan semasa nak keluarkan. 
Disangka Anak Batuk Kahak, Tapi Bila X-Ray Jumpa SESUATU Yang MENGEJUTKAN!
Aydan diberikan ubat tidur agar tidak meronta pada masa itu tetapi dia tak tidur pun. Dia tenung saja muka ummi dalam keadaan tak menangis selepas diberi ubat bius. Sebak ummi pada masa ini. Lantas Ummi zikirkan 'Lailahaillaantasubhanakainnikuntumminazzolimin' berkali-kali di sebelah Aydan sambil mengusap-usap muka Aydan dan mencium-cium Aydan.
Aydan nampak lemah tetapi they always pantau kadar pernafasan dan kandungan oksigen Aydan pada masa itu. Dua kali doktor itu cuba tarik duit syilling itu mengikut tiub yang Aydan kena telan pada masa itu tetapi both attempt failed sebab duit syilling itu tersangkut dan doktor tak nak paksa tarik sebab boleh membahayakan nyawa anak.
They said, only thing can do is to transfer us to Alor Setar to do scooping pula. 
And here we are now. Naik ambulan jam 1 pagi yang dipandu laju macam nak terbang aku rasa duduk di dalam itu. Kami sampai Hospital Sultanah Bahiyah jam 2 pagi. Admit di wad kanak-kanak dan tunggu surgical procedure the next morning. 
Esok pagi itu (which is kelmarin) kami tunggulah doktor bilalah nak panggil untuk buat procedure itu. Last-last jam 3 petang, jururawat datang bagi baju untuk anak tukar nak masuk bilik OT. Ummi dan mula berdebar pada masa itu. 
Jam 3.30 petang, kami disorong masuk ke bilik OT dengan Ummi sekali kena tukar baju warna biru khas untuk masuk ke dalam. Aydan seperti biasa, dia fobia nampak bermacam-macam alat yang ada di dalam itu. Letak saja atas katil bedah, dia mengamuk dan menangis. Ummi peluk kuat-kuat dan sekelip mata saja dah diam sebab dah dipengsankan. Docotr suruh cium anak dan tunggu di luar.
Allah, bertambah hancur luluh hati Ummi saat itu sebab doktor dah jelaskan prosedur ini berisiko dan 50-50 saja peluangnya. Mulut tidak berhenti berzikir dan berdoa agar Aydan selamat. Memang rasa sangat down pada masa itu sebab yang ada teman ke sana sini urusan masuk hospital ini, adik yang duduk rumah kami di Cheras itu, si Norman.

Disangka Anak Batuk Kahak, Tapi Bila X-Ray Jumpa SESUATU Yang MENGEJUTKAN!

Sudahlah suami jauh berjauh pula dengan anak sulung soernag-soernag tunggu anak dalam dewan bedah itu. Mesej WhatsApp family dan kawan-kawan minta tolong doakan dan pinjamkan sikit semangat agar Ummi kuat dan tabah menghadapi semua ini.
3.45 petang, Aydan start operation itu. Tunggu punya tunggu dengan penuh debaran dan drama air mata, akhirnya jam 4.30 petang, staff dewan bedah panggil mak baby. Berlari anak aku mengikut staff tadi nak pergi pada Aydan. 
Syukur Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Doktor Pakar Bedah sudah berjaya scoop duit itu keluar dari mulut Aydan tanpa sebarang kecederaan yang mungkin akan menyebabkan komplikasi lain pula. Allah. Nauzubillahiminzalik.
Alhamdulillah semuanya sudah selmaat hari ini. 26 Julai 2016, hari ke 5 kami bermalam di hospital ( 2 malam di Hospital Seberang Jaya, 3 malam di Hospital Sultanah Bahiyah), inshaAllah hari ini Aydan boleh dicharge. Tunggu doktor round saja ni, nak tanya jam berapa boleh discharge.
Disangka Anak Batuk Kahak, Tapi Bila X-Ray Jumpa SESUATU Yang MENGEJUTKAN!
Sedih, kami waris semua jauh-jauh. Time melawat katil-katil sebelah penuh pelawat (semua pelawat katil sebelah-sebelah mengucap panjang dengar kes Aydan. Ummi pula penat ulang cerita macam mana boleh tertelan duit) yang ada kami dua beradik sajalah waris si Aydan di sini. 
Satu persatu Allah duga Ummi. Adakalanya rasa down but again, Allah Maha Besar, Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Setiap kejadian yang jadi Allah sudah aturkan. Kita sebagai hambaNya hanya mengikut jalan hidup kita ini. Semuanya sudah dalam perancanganNya. 
Harap tiada lagi episod-episod seperti ini berlaku dalam hidup Ummi sama ada terhadap anak-anak Ummi atau keluarga. Nauzubillahiminzalik. Perlu lebih peka dan perhatikan Aydan merangkak selepas ini. Ummi has decided to buy a baby walker untuk kegunaan Aydan nanti. 
Cukup sudah dengan apa yang terjadi pada anak Ummi. Serik dah. Memang ada risk naik walker but untuk Aydan, since this happened to my child, I will firm with my decision untuk pantau Aydan bila duduk dalam walker nanti.
Terima kasih kepada semua. Sekarang tunggu doktor pakar Peads datang melawat dan decide bila kami boleh keluar dari hospital ini. - Normala Hussain